Thursday, January 26, 2012

Single or Couple ?

Single 

Pernah tak korang single dan rasa freedom ? atau rasa sunyi ? atau rasa gembira bila single ? atau pun korang rasa nak single dan mainkan perasaan orang mean ''scandel'' ? PERNAH ?? aku yakin pasti semua orang mempunyai pendapat dan alasan tersendiri (: begitu jugak dengan aku. Dulu mase sekolah aku mempunyai ramai kawan lelaki baik di sekolah atau pun di luar sekolah, kata orang ''cinta monyet'' time sekolah dulu. Beralih pula pada cerita aku bila sudah masuk PLKN ( aku dapat tawaran plkn ,masa tahun 2009 ) ada juga kawan lelaki tapi kitorang dalam kem itu kebanyakan akan anggap sape yang couple akan bertahan 3bulan jea, yela dalam kem kan hanya duduk situ cume 3 bulan, so dioank letak kan sesape couple ''kontrak 3bulan'', bagi yang suka-suka dan main-main jea lah, bagi yang sriyes tamo tamo :P heeee , time aku dalam kem aku tak couple dengan sesape tapi kawan tue ramai, di sebab kan ramai aku rase seronok dan rase ''suka-suka jea'' kat dioank yang mane lelaki suka tangkap sriyes nie. Dulu aku pernah di permainkan teruk and mungkin aku rasa dendam tapi tadelah kejam sangat (: aku baik lagi okay ! :P *mengaku diri baik,ta bagus betul.HAHA* yang mane suka kat aku semuanya sriyes tp aku lak yang ta berapa nak sriyes and suka bg HARAPAN yang tinggi (haa jangan ikut, ta elok tue. namo..namo) TAPI itu DULUUU.. okay dulu ! bukan sekarang. Dan aku sudah pun dapat pengajaran atas apa yang aku lakukan dulu. hmmmm :') itu single, tapi lepas aku dah masuk ke alam lain iaitu study dekat UNIRAZAK , aku jadi lain cepat rase bosan,rasa sunyi walaupun ada ramai kawan-kawan lelaki ataupun perempuan, mungkin masa tue hati aku nak cari yang betul-betul dapat menarik minat and ubah kan aku? mungkin betul , tapi itu yang aku rasa dulu mase single.


                                                          Couple

haa berbalik bila aku dah couple ? ketara sangat2 ! (: mesti kalau aku cerita korang takan percaya, tapi korang msti jugak percaya cerita aku nie k heeee :D . Kisah antara aku dengan sidia MNA , dulu aku cuma berkawan jea dengan dea dan tak pernah anggap lebih pun, tapi itulah mungkin takdir yang menemukan kami dan cinta kami mula berpaut bila kitoank mula rapat macam 'teman tapi mesra' , sebelum aku kenal dia perangai aku adalah aku, dan mase aku kawan dengan dea perangai aku pun adalah aku tapi tak tahu kenapa bila sikap dea yang tetiba seryes,terlalu caring,baik,pandai layan and romantik buat kan aku rasa yes ! dea lelaki yang paling berbeza selain aku kenal lelaki-lelaki lain. Lelaki lain yang aku kenal dulu just caring tp dea tak pandai ambik hati aku tapi upss no no no bukan sesenang tue jea aku boleh jatuh cinta dengan MNA nie okay. Aku nie seorang yang ego dan sangat ego bila berhadapan dengan lelaki, kalau aku suka pun aku takan mengaku dan susah nak mengaku tapi tak tahu lah dea banyak lembutkan hati aku, bukak pintu hati aku sampai lah aku terima dea sebagai pakwe aku 17 february 2011 di depan karaoke tempat parking kereta :) *ta sangke dekat situ pulak aku terima dea yea* waahh malu i tau heee :P . makin hari makin bertambah sayang aku kat dea, aku hargai sangat hubungan yang terjalin nie, perangai aku sikit-sikit berubah dengan adenya dea di samping aku, dea banyak ubahkan perangai aku yang dulu aku ego tapi kini tak lagi, dea banyak ubahkan aku yang dulu suka melayan and bagi harapan dekat orang lain tapi kini tidak lagi. mane-mane lelaki yang ''lebih-lebih'' secara aotomatiknye aku terus tak layan and buat bodoh jea,semuanya berubah sekelip mata. sedangkan aku sendiri ta tau kenapa aku tetiba boleh berubah secara mendadak?? itulah orang kata hebatnya cinta ! :) tapi alhamdullilah dea terima aku seadanya baik buruk aku, semua aku sudah cerita tentang kisah silam aku dan dea terima aku yang sekarang bukan yang dulu. Aku hargai sangat dan itu yang membuatkan aku lebih menghargai dea orang yang menghargai aku . 



Itulah bezanya antara aku single dan couple, bila aku single aku jadi rase ''BEBAS'' dan bila bebas aku rase aku boleh berkawan dengan sesapa yang aku mahu walaupun hati ini tuhan sahaja yang tahu betapa aku sunyi sebenarnya, aku sudah penat dengan life aku dulu, aku dah puas dengan ''kenakalan''aku dulu dan kini aku dah tanak lagi rasa macam tue, aku menyesal! sebelum aku kenal and couple dengan dea aku letak kan satu ''NIAT'' @ ''NAWAITU'' dalam diri kalau aku berjumpa dengan mana-mana lelaki yang boleh buat kan aku jatuh cinta , aku berjanji yang aku takan ulangi kesilapan dulu, aku akan belajar untuk setia. dan alhamdullilah ALLAH S.W.T dengar doa aku, dan dea telah menemukan dengan orang yang tepat untuk aku berpeluang untuk berubah. Alhamdullilah selame 11 bulan lebih aku dengan MNA kitoang tak pernah lagi gado besar tentang orang ke 3, dea tak pernah curang! dea terlalu jujur bagi aku, kemana dea pergi,ape dea buat mesti dea akan bgtau walaupun aku tak tanye dan jauh sekali lah kantoi apa-apa dari dea. aku harap dea adalah dea yang aku kenal sekarang sampai bile-bile dan takan pernah berubah :') aku gembira dengan hidup aku sekarang. hope berkekalan sampai akhir hayat ! dengan izin allah. amin :)

No comments:

Post a Comment