Sunday, January 15, 2012

Hukum Karma (!)

Apa itu hukum karma ?
hukum karma adalah setiap apa yang kita lakukan pasti akan di balas baik mahupun buruk.kerana sudah tertulis dari awal lagi kita hidup sebagai manusia tidak selalunya di atas jadi jangan terlalu senang dengan apa yang kita miliki, andai kata kita seronok buat orang bersedih,memaki hamun,cakap belakang, mahupun tidak reti menghargai nilai persahabatan/hubungan mahupun keluarga, percayalah hukum karma itu PASTI ada. kenapa aku sering ulang ayat HUKUM KARMA ? ini kerana aku selalu memperingatkan tentang diri aku tentang hukum karma. aku tidak mahu LUPA jauh sekali tidak mahu untuk TIDAK PERCAYA.  kadang-kadang aku rase hidup ini tidak adil buat aku,tapi aku tahu aku tidak sepatutnya berfikiran begitu. mungkin apa yang terjadi dalam hidup aku ada hikmah di sebaliknya (;
     *mengharap*

Seperti status facebook yang baru aku update semalam,
''buat baik salah tak buat baik pun salah kan dalam hidup nie''
itulah yang selalu bermain di fikiran aku, asyik berfikir tanpa henti .
kadang-kadang dengan niat baik yang kita buat di salah erti kan, dan kadang-kadang kita niat jahat pulak yang di sangka baik. hmmm hidup-hidup (:

Tapi apa-apa pun walau sebesar mane dugaan yang datang nak tanak kite kena tempuhi jua bukan hidup namanya kalau setiap hari yang datang semuanya sama dengan rase gembira saja, tanpa ada sedih,duka,lara,perit,pedih,bahagia. setiap apa yang kita rase ada makna yang tersurat mahupun tersirat. Jadi hargai lah setiap apa yang kita rase dan miliki <3

Adakala kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA,
Adakala kita perlu ketawa agar kita tahu MAHALNYA nilai airmata,
Syukurlah kiranya ada yang menyakitimu kerana ia mengajarmu erti TABAH.
Syukurlah ada yang tidak memperdulikanmu kerana dia mengajarmu BERDIKARI,
Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu kerana dia menghebatkanmu untuk terus bangun.

No comments:

Post a Comment